SAYANG Classic Wedding Centre (SCWC) menyediakan pakej perkahwinan kepada bakal pengantin yang mempunyai bajet terhad tetapi ingin tampil anggun dan bergaya dihari yang bersejarah. Memandangkan kos kehidupan semakin meningkat, maka kos melaksanakan majlis perkahwinan pun semakin meningkat dan melambung tinggi. Oleh itu kami akan membantu anda dalam merialisasikan hari yang bersejarah anda.
Kami menyediakan Pakej Lengkap Kenduri (Katering + Resepsi), Pakej Katering, Pakej Resepsi, Pakej Bertunang, Pakej Nikah dan sebagainya daripada kategori Bajet sehingga Selebriti. Dengan pengalaman yang kami ada dalam bidang ini, InsyaAllah kami dapat merealisasikan impian pasangan yang menggunakan perkhidmatan kami.
Semua perkhidmatan yang kami tawarkan adalah dibawah satu pengurusan iaitu hak milik Sayang Classic Wedding Centre dan Sayang Classic Catering & Event. Pada tahun 2016 kami bermula dengan sebuah butik pengantin dan seterusnya berkembang dengan katering pada tahun 2018 untuk menawarkan sebuah pakej lengkap dibawah pengurusan kami sendiri.